
Menurut ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP itu, mereka telah berusaha keras untuk meyakinkan seramai mungkin pengundi bagi mengundi calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam yang ditentang calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Haslihelmy DM Zulhasli (bebas).
“Saya berbohong jika saya katakan kami telah berjaya meyakinkan semua.
“Pada mulanya ada yang berhati-hati dan bimbang dengan kami, tetapi kami berjaya meyakinkan mereka,” katanya kepada FMT.
Ditanya sama ada pengundi Felda akan menjadi faktor penentu di Pelangai, beliau berkata “kedua-dua demografi mempunyai kepentingan mereka”.
“Sama ada pengundi Cina atau Felda, semua orang perlu memainkan peranan masing-masing. Jika kita fokus pada satu dan meninggalkan yang lain, ia boleh merugikan kita,” katanya.
Bagaimanapun, Young Syefura berkata sambutan daripada masyarakat Cina adalah baik.
“Ramai pemimpin DAP sering turun padang untuk meyakinkan pengundi Cina,” katanya.
PRK Pelangai diadakan berikutan kematian Johari Harun yang juga exco Pahang dari Umno dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos.
Pengundi Melayu meliputi 72% di Pelangai manakala lebih 18% Cina dan lebih 5% India.