2 warga emas maut Pajero langgar belakang treler di lebuh raya

2 warga emas maut Pajero langgar belakang treler di lebuh raya

Mangsa lelaki berusia 83 dan 76 tahun, yang tersepit dalam kenderaan Pajero dinaiki mereka, meninggal dunia di tempat kejadian.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)
IPOH:
Dua warga emas maut apabila kereta pacuan empat roda dinaiki mereka melanggar sebuah treler di KM365 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dalam kejadian pada 5.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 83 dan 76 tahun, iaitu pemandu dan penumpang sebuah Mitsubishi Pajero, tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kenderaan Pajero itu melanggar bahagian belakang lori treler menyebabkan dua mangsa di dalamnya tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu treler berusia 31 tahun yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.