Kerajaan akan pastikan mekanisme penjualan ubat lebih telus

Kerajaan akan pastikan mekanisme penjualan ubat lebih telus

Kerajaan mahu meningkatkan ketelusan melalui mekanisme paparan harga supaya rakyat mampu membuat pilihan.

Kerajaan mahu rakyat tahu harga yang perlu dibayar untuk ubat-ubatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memastikan mekanisme penjualan ubat lebih telus agar rakyat boleh mengakses bekalan ubat yang harganya lebih kompetitif.

Beliau berkata kerajaan mahu meningkatkan ketelusan melalui mekanisme paparan harga, supaya rakyat tahu harga yang perlu dibayar dan mampu membuat pilihan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bersama para menteri, pemain industri, serta wakil-wakil pertubuhan dan ahli akademik.

“Mesyuarat bersetuju supaya perkara ini diperincikan oleh kementerian sebelum dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan.

Tahun lalu, Khairy Jamaluddin selaku menteri kesihatan ketika itu mengumumkan kementeriannya sedang mengkaji mekanisme ketelusan harga yang akan menuntut syarikat farmaseutikal membentangkan harga jualan ubat-ubatan penting, terutama bagi rawatan kanser dan leukemia.

Beliau berkata kerajaan mahu tahu apakah kos yang “adil dan berpatutan” ubat-ubatan tertentu, memandangkan tiada ketelusan diamalkan syarikatn dalam memperincikan harga ubat-ubatan yang dijual.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.