Mahkamah tolak tuntutan juruterbang AirAsia X diberhentikan kerana ‘anxiety’

Mahkamah tolak tuntutan juruterbang AirAsia X diberhentikan kerana ‘anxiety’

Mahkamah Perusahaan berkata syarikat penerbangan itu bertanggungjawab memastikan juruterbangnya mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan tertinggi.

Mahkamah Perusahaan menolak tuntutan juruterbang yang diberhentikan pada 2019 oleh AirAsia X atas alasan dia mengalami masalah keresahan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Perusahaan menolak tuntutan seorang juruterbang terhadap syarikat penerbangan yang diberhentikan secara tidak adil atas alasan mengalami masalah keresahan atau ‘anxiety’.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Eswary Maree, berkata juruterbang itu ditamatkan perkhidmatan oleh AirAsia X Bhd empat tahun lalu berdasarkan alasan yang adil, memandangkan dia mengalami masalah keresahan.

Eswary berkata penumpang meletakkan kepercayaan terhadap syarikat penerbangan itu untuk menjaga nyawa mereka dan ia bertanggungjawab memastikan juruterbangnya mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan tertinggi.

Beliau berkata syarikat itu telah menyediakan sokongan meluas terhadap pihak menuntut yang namanya dirahsiakan, termasuk cuti sakit, pelantikan ke jawatan lain, penilaian berulang dan latihan.

Bagaimanapun katanya, keresahannya itu berterusan dan dialami semula ketika latihan.

“Khidmat yang berterusan menimbulkan risiko dan syarikat tidak dapat untuk terus menerima keadaan itu, Sebagai sebuah syarikat penerbangan, tugas utamanya adalah memastikan keselamatan udara,” katanya dalam award setebal 31 muka surat yang dikeluarkan minggu lalu.

Beliau berkata ia bukan terserah kepada pihak yang menuntut untuk menilai keadaan dan prestasinya sendiri dan membuat penentuan unilateral bahawa isunya adalah “kecil”.

“Sememangnya, berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, dia tidak layak untuk meneruskan tugas penerbangannya,” katanya.

Pihak menuntut, yang diwakili oleh Francis Pereira dan Arief Salim, telah menegaskan bahawa dia tertakluk kepada “penilaian demi penilaian”.

Manakala syarikat itu, diwakili Sebastian Tay dan Rebecca Sonali Alfred, berkata ia telah menjadualkan sesi latihan lanjut untuk menangani semua isu.

Easwary berkata, di sebalik usaha itu, keadaan pihak yang menuntut terus menjejaskan dirinya sebagai juruterbang dan selepas menolak sesi latihan.

Katanya, tindakan itu menyebabkan syarikat tiada alternatif lain selain menamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa 23 Oktober 2019 dengan tiga bulan gaji.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.