Jangan salah pilih, anak ‘Bossku’ beritahu pengundi Pelangai

Jangan salah pilih, anak ‘Bossku’ beritahu pengundi Pelangai

Nizar Najib berkata pengundi Pelangai seharusnya meneruskan kesinambungan pentadbiran Barisan Nasional.

Nizar Najib memberitahu pengundi Pelangi pilih calon yang boleh membawa suara mereka agar sehaluan antara negeri dan persekutuan.
PETALING JAYA:
Anak bekas perdana menteri Najib Razak menasihatkan pengundi DUN Pelangai tidak salah membuat pilihan pada PRK Sabtu ini.

Nizar Najib yang juga Adun Peramu Jaya berkata, pengundi Pelangai seharusnya meneruskan kesinambungan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

“Jangan silap langkah dan pilih kerana belah sana lebih berminat memfitnah dan mengadu domba…dan tinggalkan pengundi Pelangai berhadapan masalah sendirian. Kalau minta bantuan mereka kata tiada peruntukan.

“Saya berharap pengundi pilih dengan pintar, pilih calon yang dinamik boleh bawa suara anda agar sehaluan antara negeri dan persekutuan,” katanya dalam ceramah mega kerajaan perpaduan di Pelangai.

Dalam ucapan ringkasnya, exco pelaburan, perindustrian, sains, teknologi dan inovasi Pahang itu turut mengharapkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memberi pembelaan terhadap bapanya.

“Ayahanda saya masih kuat, mampu tersenyum walaupun di belakang tirai besi. Seorang yang begitu bersabar. Kalau saya silap-silap dah koma tiga bulan.

“Saya harap kerajaan dapat bela beliau. Kami diasuh supaya setia kepada parti dan BN, saya harap kepimpinan tidak akan kecewakan ayah saya. Berikan pembelaan sewajarnya,” katanya mengakhiri ucapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.