8 kawasan di Lembah Klang catat IPU tidak sihat

8 kawasan di Lembah Klang catat IPU tidak sihat

Secara keseluruhan, 16 kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat lebih 101 setakat 9 pagi ini.

Kawasan-kawasan mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Lembah Klang termasuk Cheras, Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting, serta Putrajaya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Lapan kawasan di Lembah Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan melebihi 150 setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras mencatatkan IPU tertinggi dengan 164, diikuti Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting masing-masing 157; Putrajaya (156); Batu Muda dan Johan Setia (153); serta Klang (152).

Bacaan udara tidak sihat turut dicatatkan di negeri lain seperti di Negeri Sembilan, melibatkan tiga stesen iaitu Nilai (163); Seremban (158); dan Port Dickson (156).

Dua stesen di Melaka, iaitu Bukit Rambai dan Alor Gajah, masing-masing merekodkan bacaan IPU 153 dan 138.

Antara kawasan lain terjejas termasuk Seberang Jaya, Pulau Pinang (107); Taiping, Perak (137); dan Tangkak, Johor (104).

Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat; 301-400 berbahaya; 401-500 sangat bahaya, dan bacaan lebih 501 menandakan kecemasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.