
Pertuduhan ke atas Yek Zhu Jie, 19; Tan Chee Seng, 21; How Jia Lerk, 24; Kenny Loo Yee Han, 24; Ooi Zhi Wei, 27, dan Chong Chew Nam, 32, serta tiga wanita iaitu Eva Chua Min, 19; Phang Jing Yi, 22, dan Goh Yoong Cheng, 30, serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 tahun, dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes itu bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama mengedar methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 18,881g, ketamin (558g) dan nimetazepam (52g) di sebuah rumah di Jalan Bukit Skudai 6, Taman Bukit Skudai di sini pada 2 pagi, 23 Sept lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 2 Nov depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shamira Mohd Luthfi Ismail manakala peguam Muhammad Mohd Nasir mewakili Chong, peguam Freda Sabapathy mewakili Eva, peguam Chew Pong Him mewakili How dan lapan lagi tertuduh tidak diwakili peguam.