
Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata perobohan stadium itu dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya awal November ini selepas KM diluluskan.
“Sememangnya (perobohan) stadium akan bermula tahun ini. Kalau tidak awal, mungkin akhir Oktober, kalau tidak awal November. Ini sasaran kami.
“Insya Allah, tahun ini akan mula perobohan dan 2026 (KSSA) akan siap. Itu sasaran kita,” katanya mengulas perkembangan terkini proses pembangunan KSSA selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di sini.
Jun lalu, media kerajaan Selangor dilaporkan sudah menghantar permohonan KM bagi melaksanakan perobohan stadium itu.
Amirudin berkata, ia berikutan Stadium Shah Alam merupakan struktur besar dan banyak proses perlu dilihat serta diteliti.