
Baldev bersama beberapa organisasi yang melawat memorial itu Rabu lalu, berkata kekurangan dana menyebabkan proses menyelenggara dan menaik taraf kemudahan di bangunan bersejarah itu sukar, malah membantutkan usaha untuk mempromosikannya.
Kesannya, kata Baldev, memorial itu mungkin perlu mengenakan bayaran kemasukan dalam tempoh lima tahun lagi.

Satu lagi penganjur, yang juga bekas senator Daljit Singh Dalliwal, berkata pengurusan memorial cuba lakukan sebaiknya untuk menyelenggara kemudahan bangunan itu walaupun mempunyai dana yang terhad.
“Kulat boleh dilihat di dinding. Ketika menaiki tangga anda boleh lihat banyak kesan hitam yang tidak dapat dibersihkan kerana tiada bajet untuk berbuat demikian.
“Pihak pengurusan cuba mengekalkan apa yang penting seperti lampu dan penyaman udara, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan,” katanya.

Ketua Pengurusan Arkib Amir Md Wal berkata sejak beberapa tahun lalu jumlah kedatangan pengunjung ke memorial itu semakin berkurangan.
“Kami hanya menerima kira-kira 700 pengunjung sebulan. Tetapi daripada jumlah itu hanya 200 yang datang sendiri, selebihnya pengunjung yang dijemput,” katanya.
Amir berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam menghidupkan sejarah kebangaan negara itu.
Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyemarakkan minat anak-anak pada sejarah. Kanak-kanak boleh memperoleh minat seperti itu ketika lawatan sekolah tetapi ibu bapa mempunyai impak dan peranan lebih besar,” katanya.
Timbalan Pengarah Urusan Arkib Negara Mokhtaruddin Lamsin berkata memorial itu mahu meluaskan aktivitinya terutama yang melibatkan golongan muda.

“Kami akan mengadakan lebih banyak program dan menjemput lebih banyak sekolah. Kami juga merancang untuk lebih banyak promosi di media sosial,” katanya.
Beliau juga menyeru lebuh ramai rakyat Malaysia melawat memorial itu kerana banyak yang boleh mereka pelajari mengenai sejarah negara.
“Harapan saya orang ramai akan datang ke sini, kerana jika anda mahu mengetahui mengenai pejuang kemerdekaan kita, ini adalah tempatnya perlu anda lawati,” katanya.