CIMB, Public Bank lanjut pengecualian MDR bagi peniaga

CIMB, Public Bank lanjut pengecualian MDR bagi peniaga

CIMB menangguhkan kadar diskaun pedagang sehingga akhir tahun ini, manakala Public Bank mengekalkan pengecualian itu 'sehingga diberitahu kelak'.

PayNet mengesahkan peniaga akan dikenakan caj transaksi bagi pembayaran diterima melalui DuitNow mulai 1 Nov ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
CIMB dan Public Bank melanjutkan pengecualian kadar diskaun pedagang (MDR) kepada peniaga yang menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow.

Public Bank menangguhkan penarikan pengecualian MDR “sehingga diberitahu kelak”, manakala CIMB mengekalkan pengecualian itu hingga 31 Dis ini.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengesahkan peniaga akan dikenakan caj transaksi untuk pembayaran diterima melalui DuitNow mulai 1 Nov ini.

Ketika ini, katanya, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala pengecualian diberikan kepada pembayaran QR.

Menurutnya, MDR bukan caj baharu atau tambahan, sebaliknya ia dikecualikan bagi menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR ketika diperkenalkan pada 2019.

Syarikat itu tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas selepas MDR dilaksanakan semula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.