3 cedera dihempap pokok ketika mandi air terjun

3 cedera dihempap pokok ketika mandi air terjun

Berdasarkan laporan awal, tiga mangsa tersepit di bawah pokok yang tumbang ke arah sungai kira-kira 15 minit.

Bomba mengeluarkan mangsa dihempap pokok di Air Terjun Batu Bertenggek, Hulu Selangor. (Gambar Facebook JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga pengunjung cedera dihempap pokok setinggi 10m di Air Terjun Batu Bertenggek, Hulu Selangor.

Difahamkan, Khairunnisa Mohd Khaiyazi, 24, Amirul Wahyudin Mohd Din, 24, dan Amirah Batrisyia Adam Khan, 21, yang datang dari Shah Alam ke air terjun itu untuk bermandi-manda.

Khairunnisa cedera di pergelangan kaki kanan, pinggang dan muka, Amirul cedera di bahu kanan, siku kanan dan belakang badan, manakala Amirah cedera ringan di kaki kiri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 11.59 pagi tadi.

Berdasarkan laporan awal, katanya, pokok itu tumbang ke arah sungai dan tiga mangsa tersepit di bawah pokok kira-kira 15 minit.

“Jarak dari tempat kejadian ke kawasan parkir ambulans serta jentera dianggarkan kira-kira 1km,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.