Suapan urus mayat RM11,000, 4 kakitangan hospital diberkas

Suapan urus mayat RM11,000, 4 kakitangan hospital diberkas

Sumber berkata tiga suspek lelaki dan seorang wanita berusia 30-an hingga 50-an dikatakan meminta kira-kira RM100 hingga RM600 sebagai suapan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata empat suspek itu akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban esok.
PETALING JAYA:
Empat kakitangan perubatan ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Sumber berkata, tiga suspek lelaki dan seorang wanita berusia 30-an hingga 50-an itu dikatakan menerima kira-kira RM100 hingga RM600 sebagai suapan.

Katanya, mereka dipercayai ditahan kira-kira 4 petang hingga 7 malam hari ini di pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Semua suspek yang bertugas di hospital sama dipercayai menerima wang rasuah melibatkan kira-kira 42 transaksi bank daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat antara 2022 hingga 2023,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, empat suspek itu akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.