Tertarik pulangan lumayan, pesara rugi RM300,000 ditipu pelaburan tak wujud

Tertarik pulangan lumayan, pesara rugi RM300,000 ditipu pelaburan tak wujud

Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah berkata mangsa tidak berfikir panjang dan menyertai pelaburan itu kerana tertarik dengan keuntungan tinggi.

Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah berkata pesara berusia 68 tahun itu membuat laporan polis selepas pelaburan yang dibuat tidak mendapatkan sebarang pulangan seperti dijanjikan.
PETALING JAYA:
Seorang pesara kerajaan di Johor berputih mata apabila rugi RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di Facebook.

Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah berkata pesara berusia 68 tahun itu pada mulanya berkenal dengan seorang wanita di Facebook, menurut Harian Metro.

“Mangsa berinteraksi dengan suspek menerusi media sosial dan WhatsApp bermula 24 Ogos lalu sebelum diajak menyertai pelaburan yang mana mampu memberi pulangan berganda mengikut jumlah modal dilaburkan.

“Mangsa kemudiannya diminta memuat turun satu pautan pelaburan dengan mengisi maklumat peribadi termasuk kad pengenalan serta akaun bank,” katanya.

Katanya, kerana tertarik tawaran pulangan yang lumayan mangsa tidak berfikir panjang lalu bersetuju menyertainya.

Ismail berkata, bermula dari tarikh mereka berkenalan sehingga 21 September lalu, mangsa membuat tujuh pindahan ke dalam akaun berbeza atas arahan suspek dengan keseluruhan berjumlah RM289,067.

“Bagaimanapun selepas bayaran dibuat mangsa tidak menerima sebarang pulang seperti mana dijanjikan.

“Mangsa berasa tertipu lalu membuat laporan polis semalam. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.