
Presidennya Nur Nazirah Abdullah berkata ini kerana pelajar tidak diberi cukup masa untuk memohon penyelesaian baki yuran sebelum minggu ketujuh sesi akademik semester 1 2023/2024.
Nazirah juga bimbang pelajar akan hilang status ‘aktif pengajian’ sebelum tarikh akhir pendaftaran pada 5 Okt.
“Untuk mendapat penangguhan yuran pengajian kepada minggu ketujuh akademik, pelajar perlu memohon dan membuktikan keluarga mereka dari kategori B40.
“Bagaimana mereka hendak membuatnya dalam masa singkat? Tarikh akhir pada 5 Oktober, bagaimana pula mereka yang tidak mendapat kelulusan? Adakah mereka akan diletakkan dalam senarai status aktif.
“Sehubungan itu kami minta UM (Universiti Malaya) menghapuskan dasar baki sifar dan mengekalkan sistem lama,” katanya pada protes oleh pelajar berhubung isu.
Sebelum ini, UM menjelaskan hanya kurang 4% pelajar berkemungkinan terkesan daripada polisi kutipan hutang pelajar, yang memerlukan mereka membayar yuran penuh untuk mengaktifkan status pengajian.
Universiti itu berkata, pelajar berkenaan didapati terdiri beberapa kelompok iaitu tidak mengemas kini status penajaan atau mempuyai tajaan pendidikan atau memerlukan bantuan kewangan.
Pelajar kategori itu juga dibenarkan mendaftar dan perlu menyelesaikan baki yuran sebelum minggu ketujuh sesi akademik semester 1 2023/2024.