Beras 5kg RM14 bawah Jualan Rahmah

Beras 5kg RM14 bawah Jualan Rahmah

Jualan Rahmah Beras akan dilaksanakan di seluruh negara bagi membantu isi rumah B40.

Fuziah Salleh berkata sebahagian inisiatif itu akan dibiayai RM150 juta diperuntukkan bawah program Jualan Rahmah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan akan menjual beras import 5kg pada harga RM14 melalui Jualan Rahmah Beras yang bakal dilaksanakan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Beliau dipetik Bernama berkata, sebahagian inisiatif itu akan dibiayai RM150 juta diperuntukkan bawah program Jualan Rahmah.

Ketika sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat semalam, Fuziah berkata, kerajaan akan melancarkan Jualan Rahmah Beras bagi meringankan beban rakyat tidak berkemampuan dan terkesan kenaikan harga beras ketika ini.

Padiberas Nasional Bhd menyelaras harga jualan beras putih import kepada RM3,200 per tan metrik mulai 1 Sept lalu berbanding RM2,350 yang menyebabkan peningkatan permintaan untuk beras tempatan lebih murah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.