Bekas Adun Banting dilantik speaker DUN Selangor

Bekas Adun Banting dilantik speaker DUN Selangor

Lau Weng San mendapat 34 undi mengalahkan Dr Mohd Fuad Salleh yang dicadangkan pembangkang.

Pemilihan Lau Weng San selepas proses undi sulit pada mesyuarat pertama penggal pertama DUN ke-15 Selangor. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Lau Weng San dilantik sebagai Speaker DUN Selangor hari ini.

Lau dipilih selepas mendapat 34 undi mengalahkan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Dr Mohd Fuad Mohd Salleh yang menerima 22 undi.

Setiausaha DUN Selangor J Gayathri Prasena memaklumkan undi sulit pada mesyuarat pertama penggal pertama DUN ke-15 di Dewan Negeri Selangor dijalankan, berikutan terdapat dua nama calon Speaker yang dikemukakan.

Sementara itu, Adun Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN selepas mendapat 34 undi, mengalahkan Adun Sungai Ramal Mohd Shafie Ngah menerima 22 undi.

Pada persidangan itu juga, 56 ADUN mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah, didahului Menteri Besar Amirudin Shari dan diikuti 10 exco serta Adun lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.