Mangsa kes tembak di Machang ada rekod jenayah, kata polis

Mangsa kes tembak di Machang ada rekod jenayah, kata polis

Polis berkata dua suspek tidak dikenali menaiki kereta berwarna putih menembak mangsa beberapa das.

Pasukan forensik polis memeriksa tempat kejadian seorang lelaki dipercayai ditembak mati di Kampung Hutan Kuin, Machang. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Lelaki maut ditembak di Jalan Hutan Kuin di Machang, dekat sini petang semalam, didapati mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata berdasarkan siasatan, kejadian berlaku ketika peniaga berusia 38 tahun itu berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai alat ganti kenderaan.

“Berdasarkan maklumat awal, dua suspek lelaki yang tidak dikenali menaiki kereta jenis Honda berwarna putih telah melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah tingkap pemandu.

“Mangsa yang berada di kerusi pemandu telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Zaki berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta untuk tampil membantu pihak polis dengan menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.