Hilang 3 hari, mayat lelaki ditemui dalam parit

Hilang 3 hari, mayat lelaki ditemui dalam parit

Polis berkata, mangsa dipercayai Muhammad Nazrul Aziz, 20, berdasarkan pengecaman awal oleh keluarga melalui pakaian, jam, telefon bimbit dan motosikal.

Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari parit di Kampung Parit Lapis Sempadan. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang tiga hari lalu ditemui terapung dalam parit sempadan darat di Kampung Parit Lapis Sempadan, Parit Raja di Batu Pahat.

Mayat itu ditemui penduduk kampung bersama motosikal kira-kira 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah berkata mangsa dipercayai Muhammad Nazrul Aziz, 20, dari Parit Raja berdasarkan pengecaman awal oleh keluarga melalui pakaian, jam, telefon bimbit dan motosikal.

“Nazrul dilaporkan keluar rumah petang Khamis lalu. Berdasarkan keadaan mayat, mangsa mati lebih sehari,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.