
Ketua Muda Sabah Amos Thien berkata pihaknya diberi autonomi untuk bekerjasama dengan parti-parti lain di negeri itu.
“Kami faham apa yang terbaik dari segi sentimen tempatan,” katanya, menurut New Straits Times.
Beliau menambah tiada blok pembangkang yang jelas di Dewan Undangan Negeri, memandangkan Gabungan Rakyat Sabah, Umno Sabah, dan Warisan menyokong kerajaan perpaduan.
Ditanya sama ada Muda Sabah boleh menyertai Pakatan Harapan Sabah, Thien berkata perkara itu mesti dibincangkan terlebih dahulu.
“Buat masa ini, Muda Sabah sedia bekerja dengan ‘rakan-rakan’,” katanya.
Perkembangan ini disebalik keputusan Muda kebangsaan menyertai blok pembangkang, kerana tidak berpuas hati dengan isu sekitar Timbalan Presiden Umno Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang.
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata partinya yang mempunyai satu kerusi di Dewan Rakyat mahu menjadi “kuasa ketiga” dalam blok pembangkang.
Seorang lagi wakil rakyat Muda, iaitu Adun Puteri Wangsa Amira Aisya Abdul Aziz juga ditempatkan dalam blok pembangkang di Johor.