
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata garis panduan itu perlu kerana kes buli, jenayah sosial dan isu perkauman kini dianggap “dosa besar” dalam institusi pendidikan.
“Kita berusaha memastikan tiga dosa besar itu sama sekali tidak akan berlaku di dalam institusi pendidikan.
“Justeru, hujung bulan ini kita akan melancarkan garis panduan khusus bagi menangani dua daripadanya, iaitu isu buli dan gangguan seksual,” katanya menurut Harian Metro ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2023 di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, malam ini.
Dalam menangani tiga isu itu, beliau berkata, guru akan menjadi barisan hadapan bagi memastikan ia tidak berlaku lagi dalam institusi pendidikan.