
Pemangku menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, berkata ia bagi memastikan keberkesanan tindakan selain memudahkan semakan sebelum tindakan lanjut diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.
“Kalau setakat tular gambar dan video tetapi tiada maklumat, mungkin dalam tempoh kita (pihak kementerian) mencari maklumat, pihak yang melakukan kesalahan akan bertindak menyembunyikan (kesalahan).
“Saya harapkan kita dapat kerjasama daripada masyarakat. Lebih banyak aduan, lebih kita suka kerana inilah fungsi dan tanggungjawab KPDN,” katanya menurut Bernama.

Di Sabah, Armizan berkata, sebanyak 295 pemeriksaan telah dilakukan sejak Julai ke atas premis perniagaan sebagai usaha memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga beras hingga membebankan pengguna.
Beliau berkata kementerian juga telah menubuhkan Unit Risikan Perniagaan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas yang antara lain untuk bertindak terhadap aduan yang berkaitan, selain melakukan risikan awal bagi mengekang isu kartel dalam rantaian bekalan.