Adun Jepak meninggal dunia

Adun Jepak meninggal dunia

Talib Zulpilip meninggal dunia dua hari selepas sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72 pada 13 September.

Talib Zulpilip menjadi Adun Jepak selama enam penggal. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Adun Jepak Talib Zulpilip meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Kuching pada 5.50 petang hari ini.

Menurut Bernama, kematian bekas menteri di jabatan ketua menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) itu disahkan oleh Setiausaha Sulit beliau Ayu Sulaiman.

“Jenazah akan diuruskan di Kompleks Tanah Perkuburan Islam Samariang pada malam ini juga,” katanya.

Talib yang menjadi Adun Jepak selama enam penggal meninggal dunia dua hari selepas sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72 iaitu pada 13 September.

Pada PRN Sarawak 2021, Talib mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,243 undi dan menyumbang kepada kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS).

GPS yang diketuai Abang Johari Openg menang 76 daripada 82 kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.