
V Ganabatirau (PH-Klang) mempersoalkan mengapa hanya projek kecil seperti pemasangan pam dan pembersihan saliran longkang sahaja dilakukan di kawasan Parlimen itu.
“Kami selalu mendengar pengumuman projek (tebatan banjir), tetapi kemajuannya perlahan.
“Apabila hujan, kita perlu bersiap sedia dan penduduk tertanya-tanya sama ada mereka perlu berpindah, atau apakah persiapan yang perlu mereka lakukan,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat.
Klang antara daerah terjejas teruk dalam bencana banjir besar melanda Selangor pada penghujung 2021.
Dalam pada itu, Ganabatirau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri itu perlu memantau projek tebatan banjir yang telah diluluskan.
“Adakah projek-projek yang dinyatakan itu telah dilakukan bukan sahaja tatacara, tetapi bagaimana pelan yang dinyatakan.
“Adakah saiz projek itu memang betul atau berbaloi dengan kewangan yang diminta,” katanya.