Beri Kedah insentif fiskal pengeluaran padi, kata Ahli Parlimen Baling

Beri Kedah insentif fiskal pengeluaran padi, kata Ahli Parlimen Baling

Hassan Saad berkata negeri itu layak menerima insentif berkenaan sebagai sebagai pengeluar beras terbesar Malaysia.

Ogos lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar subsidi padi daripada RM360 ke RM500 per metrik tan.
PETALING JAYA:
Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mempertimbang untuk memberikan insentif fiskal kepada Kedah sebagai pengeluar beras terbesar negara ini.

Hassan Saad (PN-Baling) berkata, wajar untuk Putrajaya memberikan Kedah insentif fiskal sewajarnya bagi penggunaan tanahnya, kerana negeri itu memiliki keluasan tanah terbesar bagi penanaman padi di Malaysia.

Katanya, ini seiring kajian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berhubung penggunaan tanah untuk sumber makanan bagi melindungi keterjaminan makanan negara.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Katanya, Kedah bakal meningkatkan pengeluaran padi, dengan memetik program penuaian padi berskala besar oleh Lembaga Zakat Kedah sebagai bukti komitmen negeri itu.

Pada Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan kadar skim subsidi harga padi dari RM360 ke RM500 per metrik tan.

Anwar berkata dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan mereka.

Katanya, ini kenaikan terbesar dalam sejarah, kerana kali terakhir subsidi dinaikkan adalah ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.