
Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid berkata polis menerima panggilan kira-kira 4.15 petang semalam dan menahan suspek yang bekerja sebagai buruh binaan di tempat kejadian.
“Mangsa yang juga peniaga meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil tangkapan, polis juga merampas sebuah topi keledar dan tiga batang kayu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, ujian saringan awal ke atas suspek didapati positif dadah jenis morfin dan suspek direman seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, hasil bedah siasat ke atas mangsa oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini mendapati punca kematian akibat penyakit jantung dengan kecederaan tisu lembut pada badan.