Ahli Parlimen Jelutong saman ketua PAS P Pinang

Ahli Parlimen Jelutong saman ketua PAS P Pinang

RSN Rayer mendakwa Fauzi Yusoff memberi gambaran beliau rasis, angkuh dan tidak bertanggungjawab.

RSN Rayer memfailkan saman terhadap Ketua PAS Pulau Pinang, Fauzi Yusoff berhubung kenyataannya dalam ceramah Jun lalu.
GEORGE TOWN:
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dari DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ketua PAS Pulau Pinang, Fauzi Yusoff atas kenyataan dibuat mengenainya dalam ceramah Jun lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rayer mendakwa Fauzi berbohong dalam ceramah di Balik Pulau itu dan memberi gambaran beliau (Rayer) rasis, angkuh dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Menurutnya, Fauzi mendakwa beliau memaklumkan mangsa kebakaran di Jelutong bahawa beliau tidak kisah hilang undi Melayu dan India.

Rayer berkata, Fauzi mendakwa mangsa kebakaran memarahi Rayer dan pembantunya kerana hanya melawat mereka selepas PAS berbuat demikian.

Rayer menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada Fauzi di Facebook serta YouTube.

Menurut peguam Rayer, K Simon Murali, Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan menetapkan 6 Nov ini untuk pengurusan kes. Fauzi perlu memfailkan pernyataan pembelaan sebelum itu.

FMT menghubungi Fauzi untuk mengulas perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.