2 ditahan kes bunuh di Danau Kota

2 ditahan kes bunuh di Danau Kota

Mangsa berumur 56 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam lori diletakkan tepi jalan Danau Kota, Setapak.

Suspek berusia 36 dan 37 tahun ditahan di lokasi kejadian selepas laporan dibuat adik mangsa.
PETALING JAYA:
Dua individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan kes bunuh seorang lelaki di Danau Kota, Setapak.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata laporan berkaitan kejadian dibuat adik mangsa kira-kira 1.48 pagi tadi.

“Mangsa berumur 56 tahun dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah lori diletakkan tepi jalan di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata, susulan laporan itu dua suspek warga tempatan berusia 36 dan 37 tahun diberkas di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati suspek mengalami kecederaan di bahagian telinga, bengkak di bahagian kepala dan bahagian pipi selain terdapat kesan darah dari dalam mulut,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.