Buli, jenayah seksual, perkauman 3 dosa besar bagi KPM

Buli, jenayah seksual, perkauman 3 dosa besar bagi KPM

Menteri pendidikan meminta semua pihak di kementeriannya memberi perhatian serius terhadap tiga dosa besar itu.

Fadhlina Sidek berkata, nilai cinta boleh menghakis semua perkara negatif di luar atau dalam sektor pendidikan negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semua pihak di Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memberi perhatian serius terhadap buli, jenayah seksual dan perkauman, tiga dosa besar yang disenaraikan Menterinya, Fadhlina Sidek.

“Makam tertinggi dalam pendidikan (KPM) ialah cinta dan kita tidak boleh melakukan (apa-apa kerja) tanpa rasa cinta, cinta kepada Tuhan, guru, murid-murid, ibu bapa dan ilmu.

“(Jadi) saya selalu sebut, ada tiga dosa besar bagi KPM,” katanya menurut Sinar Harian dalam sesi Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek di Shah Alam.

Mengulas nilai cinta yang diterapkan dalam KPM, Fadhlina berkata, dengan adanya sifat itu, ia boleh menghakis semua perkara negatif di luar atau dalam sektor pendidikan negara.

“Pendidikan ini selain kita bercakap tentang dasar, kita juga harus tumpukan perkara asas iaitu cinta. Saya percaya dengan cara ini, kita dapat merapatkan lagi jurang dan semai semangat perpaduan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.