Budak 8 tahun tunggang basikal maut dilanggar MPV

Budak 8 tahun tunggang basikal maut dilanggar MPV

Mangsa dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna ketika melintas jalan untuk pulang ke rumah.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kampung Padang itu, meninggal dunia di tempat kejadian. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika menunggang basikal di Kampung Padang Jaya 2, Kuantan, Pahang semalam.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kampung Padang itu, meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati seorang pemandu wanita berusia 33 tahun melalui Lorong Kampung Padang Jaya 14 menuju ke Jalan Kampung Padang Jaya 8 untuk ke Sungai Lembing.

“Apabila sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba mangsa yang menunggang basikal melintas dari lorong kiri ke kanan jalan untuk pulang ke rumahnya.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu MPV itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa. Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.