
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 3.53 pagi.
Katanya, sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerah ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa, lapor Harian Metro.
“Kemalangan membabitkan kereta Honda City yang terbakar 70% manakala lori kontena itu juga terbakar sebanyak 50%.
“Mangsa yang maut terdiri daripada dua warga tempatan iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun,” katanya.
Katanya, pemandu lori berkenaan sempat keluar dari kenderaan.
Menurutnya, punca kemalangan itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.