Terrirudin azam tunai amanah sebaik mungkin

Terrirudin azam tunai amanah sebaik mungkin

Peguam negara baharu itu memulakan tugas rasminya selepas mengambil alih jawatan daripada Idrus Harun.

Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh menggantikan Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan kontrak semalam. (Gambar AGC)
PUTRAJAYA:
Ahmad Terrirudin Salleh yang memulakan tugas secara rasmi sebagai peguam negara hari ini berazam menunaikan amanah dengan sebaik mungkin.

“Insya-Allah saya akan tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin,” katanya ringkas kepada media ketika mendaftar masuk sistem kehadiran secara dalam talian pada 8.15 pagi di lobi Jabatan Peguam Negara.

Beliau turut menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan berterima kasih kepada kerajaan atas pelantikannya.

Pelantikan Terrirudin sebagai peguam negara yang baharu bagi menggantikan Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan secara kontrak semalam.

Terrirudin, 55, yang merupakan ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai peguam cara negara pada 25 Mac 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.