
Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, warga tempatan berusia 15 hingga 51 tahun itu ditahan menerusi beberapa serbuan Ahad lalu susulan laporan remaja 16 tahun pada 11.30 malam 2 Sept lalu.
“Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan lelaki tempatan akibat penarikan kereta terbabit kemalangan di lokasi itu.
“Susulan itu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor melakukan operasi menangkap enam suspek di kawasan Banting,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, soal siasat ke atas enam suspek itu membawa kepada empat lagi suspek ditahan di Telok Panglima Garang.
Katanya, empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah, manakala saringan urin menunjukkan dua suspek positif methamphetamine serta ganja.
Ridhwan berkata, semua suspek direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi boleh mengganggu siasatan dan individu mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat 03-31872222 atau pegawai penyiasat Abd Rahman 013-9789096.