
Ketua Polis Klang Selatan, Cha Hoong Fong, berkata kejadian kira-kira 6 petang Ahad itu dipercayai berlaku apabila seorang mangsa menegur jirannya yang memanggil dengan kasar dan kurang sopan.
“Kejadian yang bermula dengan pertengkaran mulut itu kemudian semakin tegang apabila turut disertai beberapa rakan jiran mangsa,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, rakan jiran kemudian membaling batu dan memukul mangsa serta ahli keluarganya di depan rumah, selain seorang suspek dipercayai menggunakan senjata tajam yang boleh mendatangkan kecederaan.
Katanya, tiga mangsa berumur 23 hingga 57 tahun itu cedera di cuping telinga, lengan, pipi dan dada.
Cha berkata, lima lelaki tempatan berusia 25 hingga 52 tahun ditahan di sekitar Klang kira-kira 10.50 pagi tadi untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
“Semakan mendapati tiga daripada lima suspek diberkas itu mempunyai empat rekod jenayah lampau.”