
Beliau berkata tindakan itu tidak wajar dan sebagai ahli politik berpengalaman, Muhyiddin tidak seharusnya menggunakan hukum halal haram terhadap seteru.
“Kita tidak boleh sewenang-sewenangnya menghukum ini (haram) untuk seteru politik sebab ia ada kesan tidak baik, saya khuatir nanti semua orang boleh menghukum dengan sewenang-sewenangnya.
“Dalam politik, kita berbeza tidak apa, tak ada masalah. Tidak mahu mengundi tak ada masalah tapi jangan gunakan hukum untuk lawan seteru kita, ” katanya pada sidang media media selepas pertemuan di Pejabat MCA Pulai yang turut dihadiri Presiden Wee Ka Siong.
Suhaizan mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama, Kempas semalam bahawa “haram memberikan undi kepada Suhaizan.”
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dijalankan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub pada 23 Julai.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept.