
PETALING JAYA: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan rasuah Zahid Hamidi memohon timbalan perdana menteri itu dilepas tanpa dibebaskan atas 47 tuduhan dihadapinya di mahkamah.
Bagaimanapun, peguam mewakili Zahid, Hisyam Teh Poh Teik meminta mahkamah untuk membebaskan presiden Umno itu sepenuhnya.
Mahkamah sekarang sedang rehat untuk Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan.
Zahid sebelum ini diarah membela diri atas 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 berhubung pengubahan wang haram.
Dia dituduh melakukan pengubahan wang membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.