DAP anjur mesyuarat agung Ahad, parti kerajaan perpaduan diundang

DAP anjur mesyuarat agung Ahad, parti kerajaan perpaduan diundang

Mesyuarat agung tahunan ini pertama kali diadakan parti itu sejak kerajaan perpaduan dibentuk.

Steven Sim (tengah) berkata, AGM DAP akan memberi tumpuan kepada isu dalaman parti dan perkara melibatkan kerajaan perpaduan. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
DAP dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM) pada Ahad, kali pertama sejak pembentukan kerajaan perpaduan.

Setiausaha Organisasi DAP Steven Sim berkata, pemimpin semua parti kerajaan perpaduan diundang untuk hadir.

“Semua (pemimpin) parti komponen kerajaan perpaduan telah diundang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di Pudu.

“Saya belum terima sebarang maklumat tentang senarai VIP yang akan hadir. Kita juga telah undang Perdana Menteri Anwar Ibrahim.”

Mesyuarat agung itu akan diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya.

Sim, yang juga timbalan menteri kewangan berkata, mesyuarat itu akan memberi tumpuan kepada isu dalaman parti serta perkara-perkara membabitkan kerajaan perpaduan, termasuk dasar-dasarnya.

Notis bagi mesyuarat itu telah dihantar kepada 3,868 perwakilan parti di seluruh negara.

Sim turut mengumumkan pelantikan senator Noorita Sual sebagai speaker AGM, serta Adun Nilai J Arul Kumar dan Adun Pantai Remis Wong Mei Ing sebagai timbalan speaker.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.