
Borang keahlian beliau diserahkan kepada Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada program ceramah Mega Perpaduan Madani di Taman Rekreasi Taman Uda Utama yang turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Izhar yang juga bekas Exco pelaburan, pembangunan usahawan, koperasi dan sumber manusia Johor, membuat keputusan keluar daripada Bersatu tahun lalu selepas hilang kepercayaan terhadap Presidennya Muhyiddin Yassin.
Malam semalam, bekas Adun PAS Bukit Pasir Najib Lep turut turut berbuat perkara yang sama dan mengumumkan penyertaan beliau dalam Amanah dalam satu program ceramah di Sungai Abong, Muar.
Jumaat lalu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, dalam kenyataan memaklumkan, dua bekas pemimpin utama PAS dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai Amanah dalam program yang berasingan.