
Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata Anwar perlu menjelaskan isu tatakelola iaitu mendaftarkan pengguna dalam sesuatu perkhidmatan kewangan tanpa pengetahuan dan kebenaran penama, di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.
Selepas sebulan isu ini muncul, Hamzah berkata apakah isu tatakelola ini “boleh didiamkan begitu saja.”
Sebelum ini, Menteri Besar Amirudin Shari berkata pendaftaran secara automatik bagi Insan dibuat secara pra-pendaftaran dan memerlukan beberapa proses pengesahan jika sekiranya seseorang individu bersetuju dengan polisi insurans tersebut.
Beliau juga berkata kerajaan negeri berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengumpulkan data bagi pra-pendaftaran, dan dimaklumkan bahawa data melibatkan daftar pemilih merupakan data awam yang boleh dibeli.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga memaklumkan bahawa Jabatan Perlindungan Data Peribadi sedang menyiasat dakwaan berkait data pengundi diperoleh daripada SPR bagi kegunaan pelaksanaan polisi Insan.