
Ia susulan satu laporan polis dibuat berhubung ucapannya dalam kempen PRK di Simpang Jeram, Johor.
“Pegawai perakam dimaklumkan oleh wakil beliau (Hadi) masih uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Akhbar itu difahamkan proses mengambil keterangan itu sepatutnya dijalankan kira-kira 4.30 petang tadi.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Hadi akan diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di pejabatnya di ibu negara, selepas Ahli Parlimen Marang itu bersetuju memberi keterangan.
Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Zain dilaporkan berkata, siasatan dibuka terhadap Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.