5 lagi ditahan dalam kes lelaki mati ditembak

5 lagi ditahan dalam kes lelaki mati ditembak

Ini menjadikan enam suspek ditahan setakat ini, selepas seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Kapar pada 12 tengah hari kelmarin.

Keadaan di tempat kejadian selepas seorang lelaki 36 tahun mati ditembak di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, Klang Rabu lalu. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Lima lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki ditembak di depan premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar, Klang Rabu lalu.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao berkata semua suspek berusia 30 hingga 40-an itu ditahan di sekitar Kapar antara 11 malam hingga 5 pagi tadi.

Ini menjadikan enam suspek ditahan setakat ini, selepas seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Kapar pada 12 tengah hari kelmarin.

“Lima lelaki berkenaan dibenarkan reman empat hari sehingga 5 Sept ini. Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kepada IPD Klang Utara atau balai polis berhampiran.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki 36 tahun yang mempunyai 12 rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah, mati ditembak di Jalan Hamzah Alang pada Rabu lalu.

Siasatan awal polis mendapati saksi awam terdengar bunyi beberapa das tembakan dan kemalangan kecil berlaku di sekitar lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.