
Dalam ciapan di Twitter hari ini, Azalina berkata, cadangan itu menggambarkan bagaimana masyarakat sivil menyokong usaha perundangan kerajaan.
“Menjaga perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak ialah tanggungjawab bersama rakyat Malaysia, melangkaui kerajaan.
“Kita mesti mewujudkan integriti nasional dengan memperjuangkan hak setiap kanak-kanak,” katanya sambil menambah, beliau berharap draf RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam mesyuarat akan datang pada Oktober.
Azalina juga berkata, kerajaan komited dalam menegakkan hak kanak-kanak dan mengiktiraf kepentingan ketelusan dan badan pengawasan bebas, seperti pesuruhjaya kanak-kanak.
Katanya, beliau telah bertemu pihak berkepentingan penting, termasuk bercakap dengan pesuruhjaya kanak-kanak di luar negara, dan mengkaji isu itu dengan teliti dengan tujuan menubuhkan sebuah badan bebas untuk menegakkan hak semua kanak-kanak di Malaysia.