
Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Izwan Zainuddin berkata, ahli lembaga pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB mengalu-alukan kehadiran Acryl Sani.
“Kami yakin dapat bekerjasama rapat dengan Acryl Sani dan memanfaatkan pengalaman luas serta pandangan strategik beliau dalam pembangunan usahawan bumiputera di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketika ini, Acryl Sani juga adalah pengarah bebas bukan eksekutif dan timbalan pengerusi Dagang NeXchange Bhd.
Semasa dalam pasukan polis, Acryl Sani yang menjadi ketua polis negara ke-13 bermula 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023 pernah memegang pelbagai jawatan lain antaranya pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), ketua polis Perak pada 2013 dan pesuruhjaya polis Sarawak (2011-2013).
Acryl memegang Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) daripada Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.