Rakyat Malaysia di Gabon selamat, kata Wisma Putra

Rakyat Malaysia di Gabon selamat, kata Wisma Putra

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular diminta berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja.
PUTRAJAYA:
Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria mengesahkan semua rakyat Malaysia di Gabon berada dalam keadaan selamat, susulan pengumuman rampasan kuasa oleh tentera di negara itu.

Menurut kenyataan kementerian, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular diminta berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja beralamat di No. 4A, Plot 2232 B, Rio Negro Close Off Yedseram Street, Maitama Abuja, Nigeria.

Telefon: +234 92908488, +234 7031365197 (Pegawai Bertugas), e-mel: [email protected].

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Media pada Rabu melaporkan sekumpulan pegawai kanan tentera Gabon muncul di televisyen tempatan dan mengumumkan mereka telah merampas kuasa.

Tindakan itu dibuat sejurus selepas Pusat Pilihan Raya Gabon (CGE) mengesahkan penyandang Presiden Ali Bongo secara rasmi memenangi penggal ketiga dengan memperoleh 64.27% undi, lapor Agensi Anadolu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.