
Bagaimanapun, katanya nama calon bagi dua jawatan itu belum ditetapkan.
“Kita akan minta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan akan diundi dalam persidangan DUN pertama pada 26 September ini dalam majlis angkat sumpah (Adun).
“Jawatan speaker tidak semestinya daripada Adun,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri.
Beliau berkata, pelantikan itu adalah untuk memberi keseimbangan dalam kerajaan perpaduan Negeri Sembilan.
Sambil itu, Aminuddin berkata, persidangan DUN Negeri Sembilan kali pertama bagi penggal ke-15 akan diadakan empat hari termasuk majlis perasmian yang dijadual disempurnakan oleh Tuanku Muhriz, pada 9 Oktober.
“Persidangan DUN kali pertama nanti melibatkan dua Rang Undang-undang (RUU) serta bajet tambahan bagi pengurusan kewangan negeri tahun 2023,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, peruntukan kepada Adun pembangkang masih belum dibincangkan.
“Belum ada keputusan selepas persidangan Belanjawan baru kita tahu. Persidangan DUN bagi Belanjawan 2024 Negeri Sembilan akan diadakan selama seminggu bermula 1 Disember,” katanya.