
Menerusi Facebooknya, Adun Tanjung Aru itu berkongsi gambar situasi di pintu masuk utama pengangkutan udara ke Sabah itu, didakwa dihantar rakannya yang baru mendarat di KKIA.
Junz berkata rakannya itu secara sinis menyukai keadaan di lapangan terbang itu yang disifatkannya “sangat romantik”
“Malu betul,” kata Junz.
FMT telah mendapatkan maklum balas daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berhubung perkara itu.
KKIA berdepan masalah gangguan bekalan elektrik terburuk pada 2012, menyebabkan sebanyak 51 penerbangan terpaksa dilencongkan, ditunda atau dibatalkan selama dua malam, menjejaskan kira-kira 6,000 penumpang.
Keadaan itu kembali pulih selepas pengendali lapangan terbang itu memasang kabel baharu dan pencahayaan serta alat sokongan bekalan kuasa elektrik mudah alih.
Kerajaan pusat terpaksa memohon maaf kepada penumpang yang terkandas akibat gangguan bekalan elektrik itu, manakala kerajaan Sabah menggesa pengendalinya mengambil langkah proaktif.
Awal bulan ini, Qhazanah Sabah Bhd (QSB), cabang pelaburan strategik kerajaan Sabah berkata pembinaan lapangan terbang baharu Sabah di Kimanis akan mengambil masa tiga hingga lima tahun sebaik kerajaan negeri meluluskan pemindahan semula KKIA.
Syarikat itu menjangkakan proses berkenaan bakal dimulakan pada 2030.