Law dilantik speaker P Pinang penggal ke-3

Law dilantik speaker P Pinang penggal ke-3

Satu-satunya Adun Amanah Azrul Mahathir Aziz pula dilantik sebagai timbalan speaker.

Bekas Adun Bukit Tambun Law Choo Kiang kali pertama dilantik sebagai speaker DUN Pulau Pinang pada 2013.
GEORGE TOWN:
Law Choo Kiang dari PKR telah dilantik semula sebagai speaker DUN Pulau Pinang.

Ini merupakan penggal ketiga berturut-turut bekas Adun Bukit Tambun itu menerajui jawatan itu. Beliau pertama kali dilantik sebagai speaker pada 2013.

Sidang ke-15 DUN Pulau Pinang bermula pagi ini dengan semua 40 Adun mengangkat sumpah.

Daripada 40 orang itu, 27 daripada Pakatan Harapan (PH), dua daripada Barisan Nasional (BN), dan 11 daripada Perikatan Nasional (PN).

Chow Kon Yeow (PH-Padang Kota) mengetuai majlis itu, selepas diberi mandat untuk berkhidmat sebagai ketua menteri untuk penggal kedua.

Sementara itu, satu-satunya Adun Amanah Pulau Pinang, Azrul Mahathir Aziz (PH-Bayan Lepas), dilantik sebagai timbalan speaker.

Nama beliau dicadangkan oleh Chow dan disokong timbalan ketua menteri Mohamad Abdul Hamid

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.