Biru merah akan sekat gelombang hijau, kata Pemuda Umno

Biru merah akan sekat gelombang hijau, kata Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno berkata, gelombang biru merah akan digerakkan bagi menyekat gelombang hijau pada PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Gelombang biru merah yang mewakili gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam kerajaan perpaduan menolak sebarang politik ekstremis, kebencian dan pecah belah.
PETALING JAYA:
Gelombang biru merah akan digerakkan bagi menyekat gelombang hijau yang dikatakan bakal menembusi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kata Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

Katanya, gelombang biru merah mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan itu akan menolak sebarang politik ekstremis, kebencian dan pecah belah.

“Ia mewakili kerajaan perpaduan dan wajah sebenar Malaysia yang menyatukan penduduk pelbagai bangsa, kaum dan agama.

“Saya percaya orang Johor matang dalam membuat keputusan. Disebabkan itu, saya beritahu gelombang biru merah yang selari warna PH-BN akan bermula di negeri ini dan turut mempunyai bendera warna sama.

“Kita perlu pertahankan kerajaan ini. Ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu, tidak boleh hanya ada Melayu saja, sebaliknya perlukan perpaduan Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia,” katanya menurut Berita Harian dalam program santai bersama Pemuda Umno di Medan Selera Taman Cempaka, Johor malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.