
ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar tambang istimewa bagi dewasa ialah RM15, berbanding harga asal RM28; RM1 bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 15 tahun (harga asal RM12.60), manakala tambang percuma bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah.
“Tambang istimewa ini hanya ditawarkan untuk pembelian dan perjalanan sehari sahaja pada 31 Ogos, bagi perjalanan bermula dari stesen KL Sentral ke stesen Putrajaya dan Cyberjaya,” menurut kenyataan itu.
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral.
ERL memaklumkan perkhidmatan KLIA Transit pada 31 Ogos akan bermula lebih awal, iaitu pada 4.30 pagi.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” akan diadakan di Putrajaya.