Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo

Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo

Kerja menaik taraf Zoo Johor baru bermula dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun depan, kata Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

Motac menyalurkan peruntukan tambahan RM2 juta untuk menaik taraf Zoo Johor. (Gambar Facebook)
JOHOR BAHRU:
Kerajaan Johor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata, banyak inisiatif dan perancangan daripada pihak kementerian itu dan kerajaan negeri sedang giat dijalankan dalam usaha memastikan sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju.

“Kerajaan negeri ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing kerana menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.

“Semoga semua cadangan serta pandangan akan dipertimbangkan agar sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju sekali gus mampu mengangkat negeri Johor sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, kerja-kerja untuk menaik taraf Zoo Johor baru bermula dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.