Jalaluddin dilantik exco kanan di Negeri Sembilan

Jalaluddin dilantik exco kanan di Negeri Sembilan

Adun Pertang itu antara empat wakil Umno dalam exco kerajaan negeri.

Jalaluddin Alias mengangkat sumpah exco kerajaan negeri di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.
PETALING JAYA:
Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias dilantik exco kanan dalam kerajaan negeri 10 anggota yang mengangkat sumpah hari ini.

Adun Pertang itu antara empat wakil Umno dalam exco kerajaan negeri.

Sepuluh exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.

Pada PRN 12 Ogos lalu, Pakatan Harapan memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (14) dan Perikatan Nasional (5).

DAP dan BN mempunyai empat wakil masing-masing dalam exco, manakala dua lagi dari PKR.

Empat exco DAP – Teo Kok Seong (Bahau), J Arul Kumar (Nilai), Nicole Tan (Bukit Kepayang) dan S Veerapan (Repah) – berkhidmat dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Selain Jalaluddin, wakil BN lain ialah Ismail Lasim (Senaling), Mustapha Nagoor (Palong) dan Faizal Ramli (Linggi).

PKR pula diwakili Noorzunita Begum Abdullah (Pilah) dan Tengku Zamrah Sulaiman (Ampangan).

Mustapha, Faizal, Noorzunita dan Tengku Zamrah antara empat muka baharu dalam barisan 10 exco.

Portfolio exco belum diumumkan lagi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.